27 April, 2014

CERITAKU: Keringat Ayah, Rezeki Kami

Assalamualaikum W.B.T

Entri hari ini d update setelah berkurun lamanya..
Hari ini aku menyedari betapa kasih seorang ayah itu tidak berbelah bagi..
Ayahku…., orang yang biasa2 saja. Tidak ada pekerjaan yang ekslusif, pekerjaan standard untuk dibangga-banggakan jauh sekali meletakkan diri ayah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan golongan VVIP yang makan pun kawasan berhawa dingin bertaraf 5 bintang. Tidak. 

Ayahku biasa-biasa saja. Kontraktor Binaan, dan mempunyai lesen untuk projek Kantin, RMT, Asrama.. macam tu lah… ada projek, maka adalah rezeki… kalau tak ada, maka ayah ulang alik Kota Marudu-Kota Kinabalu membawa penumpang. Dalam sehari, rezeki ayah adalah dalam Rm 160- RM 300. Paling tinggi dalam Rm 400 kalau ayah disewa.

Kini, ayah sepenuh masa mengurus Kantin d SK. Kota Marudu II, kurang pekerja.. maknanya, ayahlah segala-galanya tulang belakang di Kantin tu. Kesian. Setiap hari Ahad, ayah beli barang keperluan Kantin. Petang Ahad, ayah buat beratus-ratus aiskrim, buat bumbu soto untuk 2 minggu..mashaAllah..penatnya ayah.. ayah bangun jam 2 pagi untuk uli tepung, buat kuih, goreng mee, sosej, goreng nasi dan masak lauk untuk guru. MashaAllah.. sekali lagi ku renung penat ayah… dalam seminggu berapa jam ayah peruntukkan untuk rehat? Apatah lagi tidur yang cukup? Pukul 6 pagi ayah gerak hantar mama p kerja dan adik-adik p sekolah baru p Kantin. Kadang-kadang ayah lambat ke kantin… kena sound juga oleh guru-guru. Macammana mau awal? Di samping urus kantin, ayah urus sarapan mama n adik2 dan hantar dorang p kerja dan sekolah. Kenapa? Mama sakit dan masih x boleh memandu.
Pukul 1.30, ayah ambil adik dan terus balik rumah. Sampai d rumah ayah urus makanan tengahari adik. Kemudian tidur. Jam 5 petang, ayah ambil mama dari sekolah. MashaAllah… hebatnya kudrat ayah. Rindu dengan ayah.

Aku? Anak sulung… ya anak pertama. Entah apa jasaku terhadap ayah. Sedih juga. Ayah orangnya x pemarah. Sangat penyabar malah lawaknya tidak bertapis. Kami anak-anak x kering gusi dengan lawak ayah. Ayah sentiasa COOL bila di sound oleh mama. Itulah kebahagiaan kami melihat ayah dan mama kecoh. Haha… rindu sangat.

Ceritaku, aku kehabisan duit.. langsung dah x ada dalam akaun. Sebab makan-minum. Keperluan dan beli Laptop baru. Sebab Laptop lama x boleh selamatkan. Separuh duit d akaun habis. Tapi, inilah masalah aku, suka travel. Jalan sana, jalan sini. Mana x habis duit. Sakit telinga d ceramah oleh mama. Hurmm… ayahlah tempat mengadu. Aku SMS ayah minta duit. Ayah kata, ok nanti ayah ada duit ayah bank in. selepas 2 hari, aku SMS ayah lagi. Ayah kata ayah x ada duit. Mama? Oh mama x dapat bank in sbb kad mama disekat. Nak urus terpaksa turun KK. Macam mana mau turun KK, ayah sibuk dengan kantin. Mama x berani bawa area KK. Memang x boleh pun sbb mama takda Lesen. Selama ni memandu secara “haram”. Lagipun keadaan mama memang x stabil. Mama sakit. So memang x da masa nak urus.

Sejak kemarin, ayah dan mama kol Tanya adakah aku sihat ataupun tidak… sebab keadaan sura yang serak dan tonsil yang sakit. Mama ayah tak jemu Tanya aku dah makan atau belum. Tapi aku x berkesempatan balas SMS sebab xda krdt. Paling mengharukan adikku nabilah, sempat sms… “kaklong, kak sihat?” jangan lupa minum ubat n makan. Ok bye” RINDUUUUU dengan mereka!!!!!

Hari ini, ayah Kol. Ayah kata dah bank in aku… aku tersentak. Ayah kata, jangan membazir, ayah pun takda duit. Makanlah, jangan x makan. Tidur awal. Jaga diri. Itu pesan ayah. Aku menahan nangis sebab x mau ayah dengar. Nanti macam2 spekulasi harus aku jawab kepada mama. Kenapa aku menangis? Mana tak nya. Dengar suara ayah yang serak-serak. Sampai x ada suara. Ayah demam. Ayah x cukup tidur. Tapi aku bertahan. Sampaikan ayah sempat lagi buat lawak dalam sakitnya. Mengalir air mata kasih yang xbersuara. Ingin aku luahkan tapi x terdaya. Ayah kata buat baik-baik untuk pertandingan nanti. Aku terharu.
Ayah bersusah payah bagi aku duit. Bila ada duit, rasa berkuasa. Bila x ada, keluarga juga tempat meminta.

Teringat kembali peristiwa masa aku dan adik-adik perlu duit. Sanggup ayah mencari penumpang dan mencari orang supaya kereta ayah di sewa semata-mata hantar duit untuk aku dan adik yang sekolah d KK. Allah…penatnya ayah ulang-alik dari KM ke KK semata-mata untuk bagi kami duit. Terharunyaaa…. Ayah… sayang Ayah… kami selalu x menghargai ayah. Mungkin sebab sikap ayah yang selamba. Kami xtau apa perasaan ayah. Adakah ayah pandai terasa hati? Adakah ayah pernah menangisi kami? Wallahuta’ala alam.

Bila ayah di rumah, kami buat selamba… ayah sendiri menguruskan tempat tidurnya, makan dan minumnya. Walhal itu tugas kami sebagai anak. Kami selalu dahulukan mama… mungkinkah perbezaan pendidikan menyebabkan ayah kami belakangkan? Mungkinkah sebab ayah yang tidak berstatus VIP itu, kami x endahkan ayah? Ohh Ayah maafkan anakmu ini. Sayang Ayah…
Jauh di lubuk hati Along, Along rindu sama ayah. Sebab ayah sangat lucu, selamba dan cool. Penyejuk hati mama… Allahurabbi…maafkan aku Ya Allah… Maafkan aku Ya Allah…. Maafkan aku Ya Allah… ampunkan Along yah… Along sayang ayah. Cuma along x tau macammana nak tunjukkan kasih sayang along… Along sayang ayah sangat-sangat.

Kepada pembaca, hargailah ayah kita. Betapa besar pengorbanannya terhadap anak-anaknya. Mungkin selama ini kesedaran aku pada tahap yang biasa-biasa saja. Tapi bila aku fikir balik…betapa ayah amat berharga.. tiada galang-gantinya…

Ya Allah, murahkanlah rezeki ayahku, panjangkanlah umurnya. Tempatkan ayah dalam syurgaMU.. Haramkan Ayah dan Mama ke NerakaMU ya Allah…

Allahumma aamin…
Posted by Unknown at 09:11 3 comments
www.tips-fb.com
 

Hanz Faeyhlieyzza Designed by SE