19 March, 2016

Sajak Kebangkitan - Palestin



Maafkan kami Ghazza, Palestin, Syria
Air mata tangisanmu tidak mampu kami kesat,
Paruh lukamu tidak terdaya kami rawat,
Musuh durjanamu tidak bersungguh kami sekat.
Apa hujah kami nanti di akhirat,
Jika ditanya apa yang telah kami buat.

Masih tergamakkah kita berdiam kaku
Tanpa menghulur tangan sedia membantu
Usah berdalih lagi
Aku tidak mampu
Sedangkan kita masih mampu mengadu
Kepada tuhan yang satu..

Ya Allah,
Dengarlah pengaduan kami ini ya Allah
Buat saudara kami yang dikasihi
Hentikan segala kesedihan
Tamatkan penderitaan
Kami memohon…..
Kami memohon penuh harapan ya Allah
Hancurkan kezaliman
Musnahkan penindasan
Hantarkan pertolongan
Pasakkan keyakinan
Semoga ia berakhir dengan kebenaran

Berketuk minda aku tertanya
Aku mencari di mana datangnya keyakinanmu
Di mana datangnya kepercayaanmu
Jati dirimu luar biasa wahai palestin
Bagaimana mungkin anak kecil ini mampu berkata..
Palestin bumiku,
Di sini tempatku,
Walau emas permata kau curahkan
Tidak seinci,
Tidak sebaris aku berganjak
Aku dilahirkan di sini,
Dan aku……
Aku akan mati disini..

Biar,
Mata hati kita celik malam ini
Biar,
kita bangun malam ni
Biar,
Cita-cita kita jelas malam ini
Biar,
Jiwa ummah Malaysia sehidup ummah bumi anbiya’

Posted by Unknown at 11:01 0 comments
www.tips-fb.com

Terlalu Rindu....

Jujur aku terlalu rindu.... 


rindu murid cikgu.....



i miss being me....


cikgu Fahanim In charge...



Adik bongsu perempuan (my bibi). Sebenarnya aku tak punyai kawan karib atau "bff"... hanya dia sahaja penemanku... dan my 2nd adik, Nur Effazatul Hanum... sorry fa.. tak banyak gambar kita.. btw. i love you more fa...



....Sabahan....

mak... Along rindu mama..... 



Faeyzatul Hanim X Maeyzatul Nabilah



7 Siblings. Along Loves y'll... (FHM, NEHM, MHB, MHB, MNM, MTHM, MFHM)




Posted by Unknown at 10:29 0 comments
www.tips-fb.com

Myself…. Long Gone.

Meniti perjalanan dua bulan kehidupanku di bumi Seremban ini… aku tak mengerti apakah aku bahagia? Apakah aku sedih? Atau mungkin aku keliru dengan diriku sendiri..?
Kalau nak dikata sedih… aku tetap tersenyum. Kalau nak dikata bahagia… hampir setiap malam aku menangis…

Dalam tahajudku aku memohon Tuhan tunjukkan aku jalan keluar dari diriku sendiri. Apa sebenarnya yang aku inginkan…
Sedari diri ini… aku akhirnya mengetahui.. semangatku hilang dimamah waktu, senyumku hambar hanya berpura. Ya. semangatku hilang. Hilang..hilang…

Apa yang ku harapkan nyata terpesong 360 darjah daripada apa yang selama ini aku bayangkan. Dunia kerjaya pendidikan yang agak membenamkan semangat diriku. Aku bukan aku. Aku jadi lifeless. Buntu. Tidak seceria dahulu.
Mungkinkah kerana persekitaran tempat aku bekerja? SJKC? Tidak! Mana boleh aku menyalahkan takdir. Tempat bukan masalah. Aku yang bermasalah. Ya. Aku. Aku tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan serba baru ini. Dengan kerenah murid. Dengan beban tugas. MasyaAllah.

Berbeza daripada apa yang sebelum ini aku lalui semasa zaman belajar dan zaman latihan mengajar. Totally different.

Aku jadi bungkam, tidak semangat, hilang segala idea dan kreativiti… kemana pergi diriku yang dulu? Aku tercari-cari. Tuhan bantu aku. Sering aku menangis… mengadu agar diberi kekuatan setiap hari melangkah ke sekolah.
Kerjaya yang kusangkakan memberi kesenangan sebenarnya sedang mendera aku dalam diam.. minta diri tolong faham. Aku perlukan ruang. Ini bukan yang aku sangkakan. Bayangkan apabila PDP tidak lagi menjadi keutamaan. Apabila hal-hal pejabat menjadi kerunsingan setiap hari. Fail-fail menjadi prioriti. Laman-laman web harus dikemas kini dan menjadi igauan di malam hari. Kertas itu, kertas ini. Justeru, di mana masa aku bertafakur menilai keberkesanan PdP?

Tanyalah rakan sekelas, rakan praktikum, pensyarah ..bagaimana semangatku mengajar dahulu… sehingga membawa bagasi ke sekolah, kotak pelbagai bentuk dan saiz, duit beribu riba melayang, kereta tak usah di bahas. Dua kereta jadi mangsa hanya untuk bbm setiap hari. Tapi sekarang? Apa dah jadi? Bila budaya sekolah ini “chalk and talk”. Akan ada jelingan manja para rakan sejawat sekiranya terdengar bunyi murid menyanyi, murid bersorak. Lain pulak ceritanya bila dapat surat “cinta” daripada rakan sejawat apabila murid dibawa fun learning atau eksplorace bahasa. Dan tiba-tiba dapat dengar “hebahan dj radio” yang meminta aktiviti kumpulan tak digalakkan dibuat.

Posted by Unknown at 09:49 1 comments
www.tips-fb.com
 

Hanz Faeyhlieyzza Designed by SE