19 March, 2016

Myself…. Long Gone.

Meniti perjalanan dua bulan kehidupanku di bumi Seremban ini… aku tak mengerti apakah aku bahagia? Apakah aku sedih? Atau mungkin aku keliru dengan diriku sendiri..?
Kalau nak dikata sedih… aku tetap tersenyum. Kalau nak dikata bahagia… hampir setiap malam aku menangis…

Dalam tahajudku aku memohon Tuhan tunjukkan aku jalan keluar dari diriku sendiri. Apa sebenarnya yang aku inginkan…
Sedari diri ini… aku akhirnya mengetahui.. semangatku hilang dimamah waktu, senyumku hambar hanya berpura. Ya. semangatku hilang. Hilang..hilang…

Apa yang ku harapkan nyata terpesong 360 darjah daripada apa yang selama ini aku bayangkan. Dunia kerjaya pendidikan yang agak membenamkan semangat diriku. Aku bukan aku. Aku jadi lifeless. Buntu. Tidak seceria dahulu.
Mungkinkah kerana persekitaran tempat aku bekerja? SJKC? Tidak! Mana boleh aku menyalahkan takdir. Tempat bukan masalah. Aku yang bermasalah. Ya. Aku. Aku tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan serba baru ini. Dengan kerenah murid. Dengan beban tugas. MasyaAllah.

Berbeza daripada apa yang sebelum ini aku lalui semasa zaman belajar dan zaman latihan mengajar. Totally different.

Aku jadi bungkam, tidak semangat, hilang segala idea dan kreativiti… kemana pergi diriku yang dulu? Aku tercari-cari. Tuhan bantu aku. Sering aku menangis… mengadu agar diberi kekuatan setiap hari melangkah ke sekolah.
Kerjaya yang kusangkakan memberi kesenangan sebenarnya sedang mendera aku dalam diam.. minta diri tolong faham. Aku perlukan ruang. Ini bukan yang aku sangkakan. Bayangkan apabila PDP tidak lagi menjadi keutamaan. Apabila hal-hal pejabat menjadi kerunsingan setiap hari. Fail-fail menjadi prioriti. Laman-laman web harus dikemas kini dan menjadi igauan di malam hari. Kertas itu, kertas ini. Justeru, di mana masa aku bertafakur menilai keberkesanan PdP?

Tanyalah rakan sekelas, rakan praktikum, pensyarah ..bagaimana semangatku mengajar dahulu… sehingga membawa bagasi ke sekolah, kotak pelbagai bentuk dan saiz, duit beribu riba melayang, kereta tak usah di bahas. Dua kereta jadi mangsa hanya untuk bbm setiap hari. Tapi sekarang? Apa dah jadi? Bila budaya sekolah ini “chalk and talk”. Akan ada jelingan manja para rakan sejawat sekiranya terdengar bunyi murid menyanyi, murid bersorak. Lain pulak ceritanya bila dapat surat “cinta” daripada rakan sejawat apabila murid dibawa fun learning atau eksplorace bahasa. Dan tiba-tiba dapat dengar “hebahan dj radio” yang meminta aktiviti kumpulan tak digalakkan dibuat.


Aku seperti menyembah telunjuk. See? What should I do? Pada akhirnya.. aku yang bosan dengan diri aku sendiri. Aku yang bosan dengan suasana sebegini. Apa pun tak boleh dilakukan. Tetapi kempen sana dan sini…. Hari-hari diperingatkan … lengkapkan itu..lengkapkan ini… isi itu…isi ini… jangan lupa itu….. jangan lupa ini…..
Oh….. terima kasih kerjayaku. Aku cintakanmu sangat-sangat… I wonder if I might “bertahan” dalam bidang ini… atau dot..dot..dot..

Solution? I don’t even know… mungkin aku akan cuba refleksi diri ini. Tapi buat masa sekarang… apa yang aku inginkan ialah dakapan seorang ibu…. Belaian seorang ayah dan semangat dan sorakan daripada adik-beradik.

Along rindu rumah sangat-sangat. And yess…. Of course aku ingin lari dari kota kelemasan ini…. Travel. Travel. Travel. Yess. Itu sahaja pengubat hati yang lara ini.. berangan dan berimpian. Dan berharap semoga ianya jadi kenyataan.

Selamat malam Han’z. semoga hari esok lebih baik dari hari ini.
Posted by Unknown at 09:49
www.tips-fb.com

1 comment:

  1. sabar nim..memang hidup di semenanjung tough berbanding di sabah. Lama=lama nanti ko get use jugak tu. Just do ur own thing and always be grateful. nanti ko sayang gak sekolah tu. =)

    ReplyDelete

 

Hanz Faeyhlieyzza Designed by SE